Kami Akan Bangkit – Piya

PiyaRENTETAN aksi hambar dalam saingan Liga Super, Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berharap semua penyokong The Red Warriors (TWR) tidak gusar dengan prestasi semasa pasukan itu yang dilihat hilang rentak setelah hanya mengumpul enam mata dalam lima perlawanan setakat ini.

Badhri yang turut dikenali sebagai Piya sebaliknya mahu penyokong gergasi Pantai Timur itu sentiasa menyokong mereka tidak kira dalam apa jua keadaan.

“Saya harap peminat tidak mudah cepat melatah kerana saingan masih panjang.

“Bagi saya, biasalah dalam bola sepak, ada naik dan turunnya. Bukannya selalu kita akan menang.

“Apapun, saya faham perasaan peminat Kelantan. Kami janji akan bangkit untuk perlawanan seterusnya cuma apa yang saya harapkan penyokong terus memberi sokongan padu,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambah Piya, “kami kini giat menjalani latihan sepanjang tiga minggu ini terutama bahagian serangan yang dilihat sedikit tumpul.”

“Jurulatih kami, Bojan Hodak sendiri tengah berusaha untuk memastikan jentera serangan dapat menemui penyudah yang lebih tajam.”

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah Kelantan akan kembali bangkit pada perlawanan akan datang, Piya dengan yakin berkata: “Ya, kami akan bangkit dan mencipta kemenangan.

“Tempoh rehat tiga minggu ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengatur kembali strategi Kelantan,” katanya.

Tags: , , , ,

Categories: Sukan

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: