Memahami Isu Royalti Minyak Kelantan Dengan Mudah

Husam-Musa-royalti-kelantanKalau diikut sudah beratus kali dan mungkin beribu kali sesi penerangan dan penjelasan dibuat mengenai isu royalti. Tetapi puak-puak Pas terutama NGO R yang dikepalai Nazri Deraman masih buat-buat bengong dan tak faham.

Mereka masih meneruskan perjuangan misi royalti semata-mata untuk kepentingan politik sehingga sanggup memutar belitkan fakta dan memperbodohkan rakyat.

Tetapin BN tidak bodoh seperti Husam anak Musa yang menggunakan sentimen rakyat dalam meraih sokongan politik. Untuk memastikan rakyat tidak tertipu dan untuk menjernihkan keadaan Datuk Seri Mustapa Mohamed berusaha keras untuk memujuk Perdana Menteri supaya sebuah jawatankuasa khas yang telus dan adil ditubuhkan untuk menilai semula royalti minyak di tiga negeri pantai timur.

Ini adalah pendekatan bijaksana yang ditunjukkan oleh Mustapa dalam menyelesaikan isu ini agar semua pihak berpuas hati dan bukannya membuat tuntutan secara semberono.

Kelantan, Terengganu dan Pahang dibenarkan menghantar wakil yang diperkenan oleh Al-Sultan negeri masing-masing untuk duduk sama dalam jawatankuasa yang disertai oleh pakar-pakar termasuk dari luar negara.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersetuju, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun bersetuju. Malah baginda tuanku juga telah memperkenankan seorang wakil dari negeri ini.

Jadi untuk apa geger lagi, beri peluang kepada jawatankuasa tersebut untuk berfungsi sepenuhnya.

Jika Husam anak Musa, Nazri anak Deraman dan pengikut-pengikutnya masih lagi meneruskan perjuangan menuntut royalti sehingga mengheret ke mahkamah ini beerti mereka telah menderhaka kepada Sultan Muhammad V dan juga Tok Guru – tak cium bau syurga derhaka tok guru hehehe.

Namun untuk mudah faham isu royalti penulis amat bersetuju dengan keratan video ceramah Ustaz Kamal Saidin yang ditampalkan di laman blog Kickdefella dan ikuti juga ceramah secara teperinci dari Syed Azidi Syed Abdul Aziz – pemilik laman blog Kickdefella – individu yang terlibat membuat kajian mengenai tuntutan royalti minyak Kelantan. Ikuti Ceramah tersebut dan fikirkan:

Tags: , , ,

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: