Najib Bidas Tindakan Pas

dn_01.1KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Majlis Syura Ulama Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai kegagalan menghargai perjuangan bekas Timbalan Presiden Pas itu dalam membela kepentingan ummah dan umat Islam khususnya rakyat Palestin.

Menurut Perdana Menteri, Nasharudin merupakan pemimpin yang percaya kepada perpaduan serta kesatuan ummah dan Ahli Parlimen Bachok itu tidak pernah menidakkan mana-mana pihak namun Pas melihat perkara itu dalam konteks kepentingan politik.

Tambah beliau, walaupun alasan pemecatan kerana kekerapan tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama pengumuman mengenainya yang dibuat hanya selepas Nasharudin pulang dari Palestin memberi gambaran Pas tidak senang dengan lawatan tersebut.

“Sepatutnya Pas menghargai lawatan ini sebab ia untuk kepentingan ummah dan umat Islam, tetapi nampaknya mereka lebih melihat ini sebagai menguntungkan kerajaan dan UMNO daripada Pas. Mungkin itulah sebabnya mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

“Sedangkan Nasharudin seorang yang percaya kepada perpaduan dan kesatuan ummah. Beliau tidak menidakkan mana-mana parti politik. Ini pendiriannya, tapi nampaknya beliau diambil tindakan walaupun mempunyai niat yang baik dan murni,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Najib merasmikan Forum Generasi Muda 2013 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), myHarapan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Pengerusi My Harapan, Asran Ghazi, dan Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Dr. Jake Abdullah.

Ditanya sama ada pemecatan tersebut bukti kejayaan terbaharu kumpulan pro-Anwarinas dalam Pas menendang keluar pemimpin ulama selepas tindakan serupa dilakukan kepada bekas Naib Presiden, Datuk Dr. Hasan Ali, Najib berkata, beliau enggan membuat spekulasi.

“Saya tak mahu membuat apa-apa spekulasi, tapi Nasharudin merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak,” katanya. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: