Saya Belum Terima Surat – Nasharuddin

nasaruddinisa6Kota Bahru – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat menjelaskan beliau masih belum menerima surat berhubung perlucutan jawatannya di dalam Majlis Syura Ulama Pas secara rasmi sehingga ke hari ini.

Nasharuddin berkata, beliau mengetaui mengenai penggugurannya sebagai Ahli Majlis Syura Ulama itu melalui media.

“Sehingga di saat saya hantar khidmat pesanan ringkas (sms) ini dihantar, saya masih belum menerima sebarang surat secara rasmi yang menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

“Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti,” katanya menerusi satu mesej SMS kepada DetikPerubahan.com ketika dihubungi, hari ini.

Hari ini, akhbar melaporkan Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok dipecat daripada Majlis Syura Ulama dengan alas an beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Sebelum ini Nasharudin sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP.

Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai mesra kerajaan Pusat dan terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini dilaporkan mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.

Nasharuddin berkata jawatannya di dalam Majlis Syura Ulama itu adalah lantikan parti dan parti berhak untuk memecatnya.

“Walau apa pun perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan. Berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan parti bukan pilihan saya jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti.

“Hanyalah wadah tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam,” katanya.

Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tanpa menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

“Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan,” katanya.

Nik Abdul Aziz menyifatkannya pemecatan Nasharuddin bukanlah satu tindakan yang pelik namun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pemecatan itu adalah disebabkan wujud masalah dalaman.

“Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat.

“Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: