TPM Melawat Kelantan Khamis Ini

Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin1KOTA BHARU  – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka melakukan lawatan kerja selama sehari ke negeri ini pada 31 Januari ini.

Beliau bersama rombongan dijadual tiba di negeri ini pada pukul 8.45 pagi dan akan bertolak ke Hotel Grand Riverview di sini untuk mengadakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan Barisan Nasional (BN) Kelantan.

Pada pukul 3.30 petang, beliau akan melawat mercu tanda Kelantan, Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan mengadakan dialog bersama penjawat awam di situ.

Selepas itu, Muhyiddin akan mengetuai sambutan Maulidur Rasul di Masjid Pulau Lima, Pasir Puteh dan turut melakukan solat maghrib dan solat Isyak bersama rakyat di masjid tersebut.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya dijadual menghadiri Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai pada pukul 9.30 malam.

Muhyiddin dijadual mengakhiri lawatan pada 11.20 malam untuk bertolak kembali ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan khas dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Terengganu.

Tags: ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: