Beza Janji BN Dan Pas

Tok Janggut

pm3Tak sampai pun dua minggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan memaju dan membangunkan Kelantan, beberapa tindakan susulan sudah diambil bagi memastikan Janji Ditepati yang menjadi slogan Barisan Nasional (BN) sebagai kenyataan.

Ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Katanya, antara tindakan awal yang dilakukan ialah mengenal pasti tapak untuk pembinaan projek perumahan rakyat dan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil tindakan, umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan 2.4 hektar tanah sudah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah akan dilaksanakan.

“Untuk UiTM pula, seluas 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut. Jadi tindakan sudah diambil,” kata Tok Pa.

Tok Janggut amat rasa bertuah sekali kalau Kelantan ini diperintah oleh kerajaan BN. Tidaklah rakyat Kelantan diabaikan oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pas sehingga meletakkan Serambi Mekah ini sebagai negeri paling miskin.

Nak harapkan kerajaan negeri menunaikan janji-janjinya yang ditabur sejak tahun 1990? Rasanya sampai Tok Janggut dan cucu cicit Tok Janggut mati dulu pun janji-janji itu tidak akan ditunaikan. Malah makin menyakitkan hati apabila tanah-tanah yang sepatutnya menjadi hak rakyat dirampas dan diberikan kepada orang bukan Islam, yang bukan pemastautin tetap negeri ini.

Sehingga hari ini, Tok Janggut tak pernah nikmati sebarang hasil daripada pembangunan sosioekonomi yang dijanjikan oleh kerajaan negeri, melainkan yang dapat dirasai dan dinikmati ialah hasil yang disalurkan Kerajaan Pusat.

Boleh dikatakan, kerajaan negeri hanya berpeluk tubuh. Mereka tidak perlu memikirkan soal keperluan rakyat, soal hendak memajukan rakyat dan soal bagaimana hendak mengeluarkan rakyat daripada cengkaman kemiskinan.

Yang mereka fikirkan ialah bagaimana hendak mengaut keuntungan ekonomi hasil daripada yang rakyat usahakan. Mereka fikirkan apa lagi harta benda yang ada untuk diberikan kepada Cina-Cina DAP dan tauke-tauke dari luar Kelantan.

Balak sudah habis ditebang dan dijual. Tanah-tanah hutan di ulu Kelantan yang diteroka oleh rakyat sejak pm uitmberpuluh-puluh tahun dirampas satu persatu untuk diberikan atau dipajakkan atau ditukar namakan kepada orang luar. Sekarang sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak dirampas dan dirompak oleh kerajaan negeri.

Rakyat hidup merempat di negeri sendiri. Menjadi pelarian dan penganggur di negeri sendiri. Kemiskinan yang menghimpit rakyat tidak dipedulikan lagi. Kerajaan Pusat ada. Kerajaan Pusat boleh berikan bantuan untuk meringankan beban rakyat. Yang penting, ketika diberi tanggungjawab dan amanah memerintah negeri, kautlah sebanyak mungkin harta kekayaan.

Rakyat hidup merempat tidak apa. Rakyat tidak ada tempat tinggal tidak apa. Rakyat menjadi pelarian di negeri sendiri pun tidak apa, asalkan usaha mengaut kekayaan tidak terhalang. Asalkan wang juta-juta masuk ke poket dan asalkan kekayaan itu dapat dibawa masuk ke lubang kubur bersama-sama dengan mayat.

Rakyat nak kecam pemimpin Islam jenis apa ni, biarkan. Rakyat nak pertikaikan perjuangan Islam yang dicanang-canangkan, biarkan. Rakyat nak persoalkan pemerintahan berlandaskan al-Quran dan Hadis, biarkan. Biarkan rakyat menyalak, asalkan pemimpin kerajaan negeri kaya-raya.

Apa nak takut dengan salakan rakyat. Apa nak hiraukan dengan desakan rakyat. Lama kelamaan kalau dibiarkan, rakyat akan diamlah. Biarlah rakyat nak memekik melolong, nanti bila tekak dah sakit, mereka berhentilah. Itulah falsafah yang dipegang oleh kerajaan negeri. Mereka memerintah dengan memekakkan telinga dan mengamalkan sikap tidak peduli.

Kerajaan negeri melalui tahun-tahun yang disifatkan sebagai kejayaan bagi mereka. Rakyat bising. Rakyat memprotes hanya untuk tiga tahun. Masuk tahun keempat kerajaan negeri memujuk mereka dengan pelbagai janji dan janji yang ditabur itu dimakan dengan lahap oleh rakyat. Dengan itu, bila tiba hari mengundi, rakyat akan memilih dan mengekalkan pemerintahannya.

Tok Janggut amat mengharapkan janji Perdana Menteri ketika hadir pada Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Januari lalu itu, dapat dilaksanakan dengan segera bagi mencelikkan mata pemimpin Pas yang retorik dan munafik itu.

Antara janji Pas kepada rakyat Kelantan yang sehingga kini tidak ditunaikan ialah projek mega Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai, projek mega Keretapi Peluru dari Kota Bharu ke KL Sentral Kuala Lumpur, projek mega pembinaan Stadium Wanita di Bachok dan banyak lagi.

pm5Sedangkan tujuh projek yang dijanjikan PM Najib, yang bakal dilaksanakan ialah sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu.

Kalaulah kaum kerabat Tok Janggut celik mata dan buka hati, sudah pasti mereka dapat menilai antara janji yang ditaburkan oleh Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri pimpinan Pas dan Tok Janggut juga sudah tanam azam dan tekad untuk memberi undi kepada BN pada PRU 13 ini nanti agar anak cucu cicit Tok Janggut dapat hidup senang, bukan lagi mengemis dan meminta sedekah di negeri sendiri.

Tags:

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: