Hasan Ali: Lucut Nasha Cubaan Pas Lari Isu

imageKUALA LUMPUR – Tindakan melucutkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam Majlis Syura  dipercayai satu cubaan untuk mengalih pandangan rakyat dalam kontroversi penggunaan kalimah ALLAH, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau mendakwa penyingkiran itu cuba menyelubungi kepincangan yang berlaku dalam Pas apabila pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelas bertentangan dengan keputusan yang dibuat Majlis Syura.

“(Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Pengerusi DAP), Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

“… sementara Majlis Syura dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama Pas tidak berganjak menolak keputusan mesyuarat 13 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Tambah beliau, berita pemecatan Nasharudin itu, dakwanya lewat diumumkan, malah ia hanya dibuat oleh Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhamad Zawawi Salleh pada 13 Januari lalu.

“Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat.

“… jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan pelbagai spekulasi boleh dibuat,” dakwanya sambil menyifatkan penyingkiran Ahli Parlimen Bachok itu bertepatan dengan tarikh lawatan kemanusiaan Perdana Menteri dengan Nasharudin yang menjadi salah seorang daripada ahli rombongannya.

Hasan juga mendakwa pemecatan itu sebagai langkah ‘damage control’ untuk mengalih isu sebenar.

“Ahli parti di peringkat akar umbi kini berkobar-kobar untuk melihat isu akidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan,” katanya lagi. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: