Papan Larangan Sekadar Hiasan

imagePASIR MAS – Pemandangan kotor di bahu jalan mencalarkan imej penduduk Kampung Landar sejak tiga tahun lalu.

Penduduk, Hassan Zubir, 79, berkata, sikap masyarakat yang mengambil mudah kebersihan turut mendorong berlakunya masalah tersebut.

Menurutnya, penduduk tidak mengetahui bila tapak pelupusan sampah haram ini bermula.

“Sekiranya hujan, air akan melimpah atas jalan dan mengeluarkan bau tidak menyenangkan.

“Penduduk dekat sini menjadi mangsa apabila terpaksa berhadapan dengan bau busuk setiap hari,” katanya semalam.

Hassan berkata, papan tanda amaran hanya bertindak sebagai perhiasan kerana ia tidak pernah dipatuhi.

Sementara itu, penduduk, Mohd Saiful Mohd Nawi, 29, berkata, dia pernah menegur penduduk yang membuang sampah di sini, namun memberi alasan tiada tong sampah disediakan dekat kediaman mereka.

Menurutnya, ada juga yang beri alasan, semua pihak melakukan perkara yang sama, maka tidak menjadi kesalahan sekiranya dia juga bertindak sedemikian.

“Tapak pelupusan sampah ini pula tidak dikutip oleh pihak bertanggung jawab kerana ia tidak diwartakan “Keadaan ini menyebabkan sampah bertambah banyak dari hari ke hari, seterusnya menyebabkan pembiakan nyamuk dan binatang lain,” katanya,  semalam.

Saiful berharap, masyarakat tidak membuang sampah di sini, kerana bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menganiaya pemilik tanah berkenaan.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: