Pemecatan Nasharuddin, Tidak Timbul Masalah

imagesBACHOK– Pemecatan Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu tidak sedikitpun menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu, kata Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok, Datuk Omar Mohamad.

Beliau berkata, Nasharuddin hanyalah Ali Parlimen Bachok dan beliau bukanlah ahli Pas kawasan terbabit oleh yang demikian katanya pemecatan itu sudah pasti tidak menggugat sokongan ahli dan penyokong Pas.

“Beliau bukan ahli Pas kawasan ini dan pelantikan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama pula tidak ada kaitan dengan Pas kawasan kerana ia dilantik oleh pucuk pimpinan Pas Pusat bukannya Pas kawasan.

“Dalam Pas pemimpin datang dan pergi. Jadi dalam hal ini ia bukanlah satu masalah besar. Sebelum ini pun terdapat beebrapa pemimpin Pas yang turut dipecat tetapi sebagai sebuah parti Pas tetap bergerak dan wujud sehingga kini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemecatan Nasharuddin yang juga bekas Timbalan Presiden Pas sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas dengan alas an beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Sebelum ini Nasharudin sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP.

Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai mesra kerajaan Pusat dan terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan Nasharuddin yang tidak akan dicalonkan paa pilihanraya umum akan datang beliau berkata, perlantikan seseorang calon sebagai wakil rakyat terletak sepenuhnya kepada kepimpinan parti.

Beliau berkata, Pas kawasan akan m ematuhi setiap keputusan yang dibuat oleh pimpinan tinggi parti dan siapa pun calon tidak akan menimbulkan masalah.

“Pas Kawasan Bachok mempunyai ramai calon yang trediri daripada pelbagai lapisan pendidikan dan bidang. Jadi kami menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan parti untuk menentukan siapa yang layak diletakkan sebagai calon di parlimen Bachok selepas ini.

“Pas naik bukan kerana individu, Pas naik kerana parti. Individu atau calon boleh datang dan pergi. Sebab itu tidak wujud unsur takut kalah jika orang lain bertanding di parlimen Bachok kelak,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap semua ahli akan tenang dan istiqamah untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: