100 Peneroka Kesedar Bantah Kerajaan Pas Kelantan

po_11.1GUA MUSANG  – Kira-kira 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT ) di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak Kerajaan Pas

Kelantan agar tidak menjadi jaguh dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah di kawasan berkenaan.

Bantahan tersebut diadakan di Jalan Utama menghala ke Kesedar Lebir di sini yang menjadi laluan utama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Majlis Penyampaian Geran Tanah Hak Milik Tapak Rumah kepada 82 peneroka kawasan tersebut.

Bagaimanapun keadaan menjadi kecoh apabila dua buah kereta pacuan empat roda yang mengetuai rombongan Menteri Besar itu telah bertindak menghalang peserta bantahan yang berkumpul di kawasan itu.

Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang hasrat para peserta yang berkumpul itu daripada bertemu Nik Abdul Aziz yang tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz dan terus memecut laju tanpa menghiraukan mereka.

Ketua Peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Rahman mendakwa, RKT berkenaan telah sekian lama diuruskan oleh Kesedar dengan cukup sempurna dan mengapa tiba-tiba Kerajaan Pas cuba berlagak ‘hero’ kononnya ingin membela rakyat dengan bertindak demikian.

Dakwanya, sebelum ini seramai 195 peneroka di kawasan berkenaan begitu berterima kasih dengan kesungguhan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan diperlukan

sejak kawasan itu dibuka pada tahun 1981.

“Bagaimanapun keharmonian kami selama ini telah diancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah di sini.

“Apa yang saya tahu Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah yang berlaku di sini perlu diselesaikan oleh Kesedar tanpa perlu campur tangan pihak

lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: