BN Akan Beri Khidmat Lebih Baik Jika Diberi Mandat Lagi

px_12.1ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik sekiranya masih diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata hanya BN yang dapat membuat perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor-sektor tertentu bagi meningkatkan pendapatan negara.

“Kita dapat buat perubahan terancang, orang yakin dengan kita. Bila ada pelaburan besar, hasil kerajaan akan bertambah dan kita akan gunakan pendapatan itu untuk memberi bantuan kepada rakyat.

“Kita bagi BR1M, bantuan persekolahan anak-anak, untuk pelajar universiti… itu setakat ini… Kita boleh buat lebih lagi pada masa depan kalau dapat mandat rakyat,” katanya ketika berucap sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat sini untuk lawatan sehari di Kedah hari ini.

Beliau berkata perubahan mendadak dalam pentadbiran sesebuah negara tidak mungkin akan memberi kesan yang lebih baik.

“Kesan daripada perubahan yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan mata wang jatuh, inflasi meningkat, pelancongan lumpuh dan keselamatan negara tidak terjamin,” katanya.

Najib berkata kejayaan pimpinan BN membangunkan negara sehingga kini telah meyakinkan semua pihak dan buktinya dapat dilihat ketika rombongan perdana menteri melawat Gaza, Palestin baru-baru ini.

Beliau berkata walaupun negara bergolak itu miskin, sambutan terhadap kedatangan beliau sangat meriah dan dilakukan di luar kebiasaan.

“Mereka lakukan semua ini sebab berbesar hati terima pemimpin dari Malaysia, mereka lihat kita datang dari negara yang berjaya dipimpin BN. Kalau tak berjaya, tak mungkin mereka besar hati terima kedatangan saya sebagai wakil rakyat Malaysia,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “BN Akan Beri Khidmat Lebih Baik Jika Diberi Mandat Lagi”

  1. gua melayu beb
    January 31, 2013 at 6:37 pm #

    Dh lebih 50 tahun UMNO memerintah negara,apa perubahan yg di bawa oleh mereka? Cuba selidik kemana prg org2 Melayu yg pernah menghuni rumah pangsa Kg Hj Abdullah Hukum di Bangsar?Selidiki jg penduduk yg di minta keluar dr rmh mereka di rumah pangsa 5 tkt di Kg Kerinchi.Apa kh mereka dpt kembali rumah mereka bila kwasan itu di bangun kn?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: