‘Gugur Tak Ikut Prosedur’

AHMAD Fairuz Sheikh Abdul Halim (depan, dua kanan) bersama Dr. Hasan Ali (kanan), Nasharudin Mat Isa dan Ismail Mina Ahmad beramah mesra selepas majlis perjumpaan wakil wakil NGO Islam mempertahankan kalimah Allah di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

AHMAD Fairuz Sheikh Abdul Halim (depan, dua kanan) bersama Dr. Hasan Ali (kanan), Nasharudin Mat Isa dan Ismail Mina Ahmad beramah mesra selepas majlis perjumpaan wakil wakil NGO Islam mempertahankan kalimah Allah di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendakwa penggugurannya daripada Ahli Majlis Syura Ulama parti itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau mendakwa pemecatan itu bukan saja tidak dimaklumkan melalui prosedur biasa, malah mengakui tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung perkara berkenaan.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, walaupun digugurkan daripada jawatan itu, perjuangan untuk mendaulatkan Islam tidak akan terpadam dan beliau akan bergerak dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam di negara ini.

“Saya tidak terima sebarang surat sehingga kini, saya tidak tipu. Saya hendak tengok hitam putih mungkin disebut alasannya (pemecatan), tapi kalau ikut prosedur ia (cara pemecatan) tidak berapa kena.

“Kalau ikut prosedur ia kena ada surat tunjuk sebab misalnya dan diikuti beberapa prosedur lain, tetapi sehingga kini saya tidak dimaklumkan apa-apa, saya hanya mengetahuinya melalui media,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat penubuhan ‘Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan’ di sini, semalam.

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat 13 Januari lalu menggugurkan Nasharudin daripada jawatan selaku ahli majlis itu dengan alasan beliau gagal memberikan komitmen termasuk tidak menghadiri banyak mesyuarat.

Ditanya sama ada akan bertindak meninggalkan parti itu, Nasharudin berkata beliau hanya digugurkan daripada jawatan Ahli Majlis Syura namun menyifatkan wujud usaha untuk memecatnya daripada PAS.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan lawatannya ke Gaza bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca utama PAS untuk menyingkirkannya daripada memegang sebarang jawatan dalam parti.

“Ada kemungkinan, kerana penyataan terbuka (PAS) selepas saya pulang dari Gaza, sedangkan sebelum ini saya pernah pergi banyak tempat dan saya pernah mewakili Speaker (Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia) berucap pada persidangan di luar negara.

“Malah, saya pernah menyertai banyak rombongan bersama kerajaan sebelum ini, tetapi kemungkinan isu Gaza ini dijadikan penyebab (untuk dipecat),” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan dicalonkan, Nasharudin berkata:

“Menjadi calon pilihan raya bukan agenda besar saya menyertai PAS, bagaimanapun saya bersyukur dan lega kerana akan terlepas satu tanggungjawab dipikulnya apabila tidak lagi dicalonkan bertanding.” Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: