Jangan Politikkan Penang Run 2013

imageGEORGETOWN – Jangan politikkan isu Penang Run 2013 yang diadakan pada tarikh yang sama dengan perayaan Thaipusam.

Untuk itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak wajar mendakwa penganjur tidak menghormati masyarakat Hindu dari menyertai larian itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, Guan Eng tidak seharusnya mempolitikkan semua isu dalam mencapai matlamat politiknya dengan mendakwa Penang Run menghalang kaum Hindu menyertainya.

“Larian itu dianjurkan jauh dari lokasi Thaipusam. Ia tidak ada kaitan satu sama lain tetapi isu itu masih dipolitikkan.

“Apa yang mengejutkan ialah ‘orang dia’ sendiri pun ambil bahagian, apa Guan Eng nak cakap,” katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR), di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Ling, di sini, semalam.

Berdasarkan laporan dari Malaysia Insider, adik bongsu Ketua Menteri itu sendiri yang juga seorang pakar kardiologi, Dr Lim Guan Choon, adalah seorang daripada 3,200 peserta yang menyertai larian itu di Stadium Universiti Sains Malaysia, pada 27 Januari lalu.

Chang Yeow turut mempersoalkan Guan Eng kenapa tidak mengkritik tindakan  Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut hari jadinya ke-82 di rumah Karpal Singh di Jalan Scotland,  lokasinya sangat dekat dengan perayaan Thaipusam.

“Mengapa Sayap Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak membantah sambutan hari jadi Nik Aziz dan juga ceramahnya di Bayan Baru pada hari Thaipusam?

“Lain kali, Guan Eng diminta supaya tidak mengambil kesempatan dalam mempolitikkan semua isu,” katanya.

Sebelum itu, Chang Yeow menyampaikan insentif RM200 dengan sijil penghargaan dan cenderamata kepada 381 pelajar berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan dari 14 sekolah dari Daerah Timur Laut.

Insentif julung kali diberikan BN negeri  berjumlah RM475,200 kepada 2,376 pelajar cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di seluruh negeri adalah sumbangan beberapa agensi swasta dan perniagaan di negeri ini.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: