Kelate.Net Bidas Pendirian Rajagobal

su_03_1KOTA BAHRU – KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) membidas pendirian Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang terus meminggirkan Kapten The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi daripada menyertai skuad Harimau Malaya, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, tindakan Rajagobal mengaitkan nama dua bekas jurulatih Kelantan sebelum ini, Datuk M Karathu dan B Sathianathan mencerminkan sikap tidak profesional pengendali berusia 57 tahun itu.

“Sebagai jurulatih pengalaman beliau mesti tahu menilai kelebihan dan kekurangan yang ada pada seseorang pemain. Tak perlu rujuk kepada dua bekas jurulatih Kelantan untuk mendapatkan pandangan mereka.

“Mengapa pula hendak kaitkan nama Karathu dan Sathianathan? Mereka sudah meninggalkan skuad Kelantan lebih setahun lalu dan Rajagobal perlu merujuk jurulatih yang ada sekarang (Bojan Hodak) jika mahu mendapatkan maklumat mengenai prestasi semasa Mohd Badhri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mahizi berkata, pengendali kebangsaan itu perlu berterus-terang mengapa beliau tidak memanggil mahu Mohd Badhri atau dikenali panggilan Piya sebaliknya bertindak memanggil beberapa pemain muda membarisi skuadnya.

“Hanya beliau mempunyai kuasa untuk memilih pemain bagi menyarung jersi kebangsaan. Jika Karathu atau Sathianathan mengeluarkan kenyataan dengan mencadangkan nama Piya sekali pun, belum tentu beliau memilih pemain tersebut.

“Saya tak faham kenapa Amar Rohidan dan beberapa pemain lain masih mendapat tempat dalam skuad kebangsaan sedangkan prestasi mereka tidaklah menonjol sangat ketika bermain dengan pasukan negeri atau kelab masing-masing,” katanya.

Menurut Mahizi, kemampuan Piya menjulang Kelantan merangkul tiga piala serentak pada musim lalu seharusnya membuka mata Rajagobal untuk memanggil pemain tengah berkaliber itu namun itu tidak berlaku ketika skuad kebangsaan berdepan cabaran sengit menghadapi kelayakan Piala Asia 2015 yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

“Adakah corak permainan Piya tak sesuai dengan corak latihan yang diterapkan Rajagobal ? Tak masuk akal perkara ini kerana setiap pemain mempunyai gaya tersendiri dan tidak ada salahnya beliau cuba menguji keupayaan Kapten Kelantan itu dalam latihan skuad kebangsaan.

“Kalau tak beri peluang, macam mana kita nak tahu kemampuan dia. Tak cukupkah lagi kredibiliti dia membantu Kelantan menjulang treble pada musim lalu. Tak tahulah pula macam mana merit pemilihan seseorang pemain bola sepak untuk mewakili negara dilakukan oleh Rajagobal,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: