Muhyiddin Tiba Di Kelantan Untuk Lawatan Sehari

imageKOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, untuk memulakan lawatan kerja rasmi seharinya ke Kelantan.

Ketibaan Muhyiddin pada 9 pagi itu disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) negeri.

Memulakan lawatannya, Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin BN di Hotel Grand Riverview di sini sebelum mengadakan Perjumpaan Khas Bersama Pemimpin-pemimpin Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di situ.

Pada sebelah petangnya beliau mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam kerajaan persekutuan dan negeri di Dewan Utama Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Ini dikuti pada sebelah malamnya Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul serta menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Mukim Pulau Lima, Pasir Puteh.

Mengakhiri lawatannya, Muhyiddin menghadiri Program Himpunan Rakyat 1Malaysia yang dijangka dihadiri 10,000 orang di Sekolah Menengah Sungai Petai, Pasir Puteh sebelum berlepas pulang tengah malam ini.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: