RM50 Juta Program Hati Rakyat

dn_03.1KUALA LUMPUR  – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program Hati Rakyat terutama melibatkan golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Menurut Perdana Menteri, program serta agihan yang akan bermula bulan depan, merupakan inisiatif kerajaan dalam membela golongan itu mengikut keperluan masing-masing di bawah konsep jaringan keselamatan sosial.

Katanya, bantuan kewangan itu akan digabungkan dengan program 1Azam kementerian bagi membantu golongan wanita yang ingin berniaga secara kecil-kecilan.

Beliau berkata, kerajaan juga akan memastikan peruntukan tersebut sampai kepada kumpulan sasar yang telah ditetapkan.

“Mungkin mereka perlukan bantuan untuk latihan, bantuan warga emas seperti lampin atau mungkin bantuan kerusi roda dan RM50 juta ini akan memperluaskan konsep jaringan keselamatan sosial sebagai satu lagi daripada usaha mengupayakan mereka,” katanya.

Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), di sini hari ini. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: