Thai Rujuk Dr Mahathir Konflik Di Selatan

Pilihanraya umum 13 - Tun MahathirBANGKOK – Kerajaan Thai akan mendapatkan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan Thailand yang berlanjutan selama sembilan tahun.

Timbalan Perdana Menteri Chalerm Yubamrung hari ini berkata, beliau akan menemui Dr Mahathir di Langkawi untuk tiga hari bermula 4 Februari.

“Kami akan mendapatkan pandangan beliau dalam membantu menyelesaikan masalah itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan yang disyaki pemisah menggerakkan semula gerakan bersenjata menuntut kemerdekaan untuk tiga wilayah selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala sejak sembilan tahun lepas.

Kerajaan Thai membelanjakan lebih 180 bilion Baht (kira-kria RM18 bilion) memerangi pemberontak sejak keganasan kembali berlaku di wilayah sempadan selatan pada 2004.

Charlem berkata beliau juga akan membincangkan konflik selatan Thailand dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila beliau melawat negara ini pada 21 Februari.

Terdahulu awal bulan ini, Charlem ketika melawat Malaysia, mengadakan perbicangan serupa dengan Hishammuddin.- Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: