Beri Peluang Kepada BN Tadbir Kelantan – TPM

imageKOTA BHARU- Rakyat Kelantan diminta memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan pada pilihanraya umum akan datang selepas kerajaan sedia ada dilihat gagal menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi mereka biarpun telah 22 tahun memerintah negeri ini .Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN mampu membawa perubahan kepada rakyat di negeri ini daripada keadaan ‘murung’ yang telah sekian lama membelenggu mereka.“Untuk keluar daripada keadaan ‘murung’ yang sekian lama ini, saya fikir lebih baik beri peluang kepada Barisan Nasional pada pilihanyara umum nanti. Kita akan buktikan kemampuan kita.

“Kalau selepas lima tahun, dia kata BN tidak bagus, tukar balik, yang berkuasa ialah rakyat Kelantan tetapi beri kami peluang. Beri peluang kepada Perdana Menteri
yang minta mandat baharu ini, dan kita tengok caranya, ada bezanya tak dalam tempoh lima tahun, kalau tidak ada beza juga itu hak rakyat Kelantan untuk buang
kami.Tetapi kami nak buktikan kami boleh buat, kami nak bantu rakyat, kena percaya kepada kami,” katanya kepada pemberita pada siding media selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

Beliau berkata, kegagalan kerajaan pimpinan Pas menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan seperti maslaah tanah, air dan sebagainya dakan cuba diselesaikan sekiranya rakyat memberikan mandate kepada BN.

“Perdana Menteri sudah menyatakan janji untuk membantu rakyat Kelantan termasuk melalui tujuh projek besar yang diumumkan baru-baru ini untuk dilaksanakan  yang akan memberi banyak faedah kepada rakyat.

“Perdana Menteri nak lakukan perubahan kerana kami yakin kami mampu buat, kami janji akan kami tunaikan, ini bukan main-main, apabila perdana menteri sebut tujuh projek itu, itu bukan main-main, semua rakyat Kelantan sudah tahu kalau tidak tunai, makna itu satu perkara yang amat memalukan tetapi tidak akan berlaku (janji BN tidak ditunai), kita nak mandat diberikan kepada kita. Rayuan kita ialah untuk menolong rakyat Kelantan,” katanya.

Najib sewaktu hadir mengadakan lawatan ke negeri ini 20 Januari lalu menjanjikan tujuh projek yangn akan dilaksanakan di Kelantan merangkumi pembinaan masjid yang dianggarkan bernilai RM50 juta,  pembinaan stadium baru serta lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu dan pembinaan 3,000 unit perumahan rakyat.

Selain itu mewujudkan sistem pengangkutan bas Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah bekalan air bersih.

Beliau berkata, kesedaran untuk melihat perubahan mula wujud di kalangan rakyat di negeri ini selepas mereka sedar tidak banyak perubahan yang mampu dilakukan kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

“Ramai yang menyenaraikan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh Pas sehingga ada yang meminta saya keluarkan fatwa mewajibkan mengundi Umno, saya bukan tok guru untuk mengeluarkan fatwa, tetapi maknanya minat mereka begitu kuat<” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO turut membidas tindakan Pas yang dilihat banyak memperkecilkan cara pemikiran rakyat negeri ini seolah-olah mereka tidak boleh berfikir.
“Contohnya mereka mendakwa kononnya terdapat sumber minyak di daratan negeri ini, semata-mata supaya rakyat mempercayai dan terus memberi sokongan kepada mereka,” katanya

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: