Bubar DUN Awal: BN Tiada Masalah

Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin2KOTA BHARU – Keputusan Kerajaan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri lebih awal tidak menimbulkan masalah kepada Barisan Nasinal.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semuanya terserah kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan BN bersedia melaksanakan apa sahaja keputusan mengenai keputusan kerajaan Selangor itu.

Beliau berkata, daripada segi perlembagaan kerajaan Selangor berhak berbuat demikian dengan perkenan Sultan Selangor.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak. Dulu dia kata tak nak bubar sekarang ni nak bubar pulak. Saya tak tahu apa maknanya.Adakah maknanya maknanya  kalau tidak ada pengumuman daripada Perdan Menteri mengenai pembubaran parlimen, Selangor akan adakan pilihan raya lebih awal.

“Dari segi perlembagaan, dia ada hak,  di peringkat negeri, dia boleh nasihatkan Sultan, untuk dapatkan perkenan bubarkan DUN dan adakan  pilihan raya, memang ada dalam perlembagaan,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan kerajaan negeri Selangor untuk membubarkan DUN itu selepas sambutan Chap Goh Meh Febuari ini.

Semalam, Abdul Khalid dilaporkan berkata, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, adalah lebih baik sekiranya pembubaran itu dibuat serentak bagi mengelakkan penggunaan tenaga dan kos yang tinggi.

“Dari segi pengurusan pilihan raya oleh SPR, lebih baik pembubaran itu dibuat serentak kerana jika dibuat berasingan ia akan melibatkan guna tenaga dan perbelanjaan yang banyak.

“Contohnya, katakan dia buat dua minggu lebih awal, orang keluar mengundi, selepas itu dua minggu lagi orang turun sekali lagi keluar mengundi…SPR kena buat kerja sekali lagi…memang banyak belanja, kalau selang dua tiga minggu je, tunggu je lah apa salahnya, tak tahu apa tujuan  (kerajaan Selangor itu),” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: