Mahathir: Umno Tidak Pernah Sokong Bakar Bible

dr-mahathir-mohamad5KUALA LUMPUR –  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno tidak pernah menyokong tindakan membakar kitab Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

Beliau berkata, kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak mencerminkan pendirian Umno.

“Ibrahim bukan anggota Umno. Beliau mungkin menyokong Umno tetapi beliau bukan jurucakap bagi Umno,” katanya dalam entri terbaharu blognya www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata adalah malang Ibrahim harus mencadangkan agar kitab Bible menggunakan kalimah Allah, yang baharu dicetak dibakar.

“Itu mungkin cara untuk kita melupuskan sebarang penerbitan yang tidak diingini. Namun ia tidak boleh dilakukan untuk kitab suci seperti Bible dan al-Quran.

“Tetapi apa yang diperkatakan Ibrahim tidak mencerminkan pendirian Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menganggapnya sebegitu untuk meraih publisiti politik,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau menganggap cubaan untuk membayangkan sokongan Ibrahim terhadap Umno “bermaksud apa yang diperkatakan ialah apa yang dilanggan Umno sebagai nakal”.

Beliau berkata, walaupun rakyat Malaysia boleh menganuti perbezaan fahaman politik, namun mereka tidak harus menggunakan perbezaan agama untuk meraih sokongan pengundi bagi memenangi pilihan raya.

“Ia umpama pedang bermata dua, dan mereka yang hidup dengan pedang akhirnya mati oleh pedang.

“Biarlah kontroversi ini diselesaikan oleh orang yang bertanggungjawab secara tertutup. Jangan biarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu agama. Ia mungkin menafikan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut, di dalam demokrasi yang liberal, mempunyai kekangan jika mahu demokrasi terus subur.

“Saya ingin merayu semua pihak supaya menghentikan tindakan menyalahgunakan isu ini,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: