Nasha Wajar Sertai UMNO

AMIRUL HAFIZ :

nasaruddinisa6KOTA BHARU – Pengasas Pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa’mah
mencadangkan agar Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa,
menyertai UMNO selepas dilucut keanggotaan Majlis Syura parti itu.

Beliau berkata, perjuangan pimpinan parti Pas itu dalam menegakkan
syiar Islam amat diperlukan ketika senario politik negara dilihat
semakin bercelaru.

“Wajar sekiranya Nasha (Nasharuddin) menyertai UMNO dan sama-sama
berjuang dengan parti itu bagi memartabatkan syiar Islam  setelah Pas
sekarang ini dilihat hanya banyak berpolitik.

“Ambo (saya) rasa perjuangan Nasha lebih konsisten jika beliau berada
di dalam UMNO memandangkan komitmen UMNO dalam mendokong kesucian
agama Islam,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas teka-teki masa depan Nasha sama ada akan berhijrah ke
parti politik lain atau sebaliknya selepas digugurkan keanggotaan
Majlis Syura Ulama parti itu.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas 13 Januari lalu, yang dipengerusikan
Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan Nasharuddin
sebagai anggota majlis itu kerana didapati melanggar peraturan
ditetapkan parti.

Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok turut tidak disenaraikan
sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Kelmarin Nik Abdul Aziz seolah-olah memberi lampu hijau kepada Nasha
sekiranya beliau ingin keluar parti yang sudah menjadi darah dagingnya
itu.

Bahkan sebelum ini Nik Abdul Aziz turut menyuarakan lebih baik
Nasharuddin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti
itu.

Mengulas lanjut, Abdullah yakin kemasukan Nasharuddin ke dalam UMNO mampu mengukuhkan lagi kekuatan parti itu melengkapi agenda agama
secara komprehensif dan berkesan.

“Ini kerana beliau orang yang berilmu, berpengalaman dan istikamah
dalam perjuangannya,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: