PM Dipandang Tinggi Mahasiswa Dan Anak Muda – Muhyiddin

csr2010_158-croppedKOTA BHARU –

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kaji selidik

yang dilakukan Yayasan Ehwal Siswazah bertajuk “Kajian Maklum Balas

Pengundi

Mahasiswa” Mahasiswa dan generasi muda kini memandang tinggi kredibiliti,

kebijaksanaan dan keupayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata.

Beliau berkata,

ia merupakan satu perkembangan yang baik dan Barisan Nasional (BN) akan

meneruskan usaha meyakinkan rakyat bagi membuktikan kesungguhan untuk membantu rakyat.

 

” Itu satu daripada inisiatif secara ‘independent’ yang dilakukan oleh satu pihak yang

membuat survey dengan mengambil koresponden yang agak besar. Kalau begitu

bermakna mahasiswa dan anak-anak muda di universiti pun mempunyai pandangan

yang cukup tinggi kepada Perdana Menteri.,” katanya mengulas mengenai kajian

itu.

Sementara itu mengulas mengenai keupayaan BN mendapat majoriti dua pertiga oleh sesetangah

pihak pada pilihanraya umum akan datang, beliau berkata, ia satu pandangan yang

baik.

” Kalau ada pihak yang berkata begitu baguslah tetapi bagi kami yang memimpin parti ini

mempunyai cara sendiri untuk menentukan perkara tersebut.

” Kita tak kata boleh dapat atau tidak boleh dapat, saya fikir bila rakyat pergi mengundi

mereka akan buat keputusan dan kita akan mengira,” katanya.

 

Beliau berkata, BN sebenarnya mempunyai sistem membanci dan menilai tahap sokongan pengundi,

dan kedudukan parti itu buat masa ini.

 

“Kita tahu kedudukan kita tetapi tidak mahu menyatakan sebegitu nanti ada orang akan kata

kalau begitu tak payah sokong BN. Yang penting keyakinan BN sudah agak jelas

walaupun pelbagai dakwaan yang dibuat pembangkang,” katanya.

 

 

 

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: