Puad Dakwa Hadi Masih Di Takuk Lama

imageSHAH ALAM – “Inilah perbezaan (Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Presiden Pas, Datuk Seri Hadi (Awang), Najib berfikiran di luar kotak, Hadi masih di takuk lama.”

Demikian menurut ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi berhubung isu Barisan Nasional dan Umno tidak boleh bekerjasama seperti yang dinyatakan Hadi selaku.

Menurut Puad, Hadi masih tidak matang di dalam politik  dan bersikap angkuh.

Beliau berkata, politik pada masa kini mementingkan politik yang “berhati nurani” dan persamaan.

Katanya, rakyat menilai seseorang pemimpin itu berdasarkan sikap mereka di dalam arena politik ini.

“…dari segi sejarah Pas dan kerajaan pernah bekerjasama.

“Hadi berada di takuk lama, dan sudah tidak relevan berbanding Najib yang lebih terbuka.

“Politik masa depan perlukan “politik hati nurani” dan persamaan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini hari ini. Karnival ini akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Menurut laporan media semalam, Pas dikatakan tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan BN dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Hadi  berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.

“Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.

“Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya.

Mengulas lanjut, Puad yang Timbalan Menteri Pelajaran berkata, kerjasama DAP dan Pas juga seperti musuh di dalam selimut dengan masalah yang tidak mempunyai penyelesaian.

Beliau berkata, tindakan Hadi itu membuktikan beliau tidak lagi relevan.

“Pas bekerjasama dengan DAP, DAP menjadi musuh di dalam selimut seperti isu kalimah ALLAH,” katanya

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: