BR1M 2.0 Bukti Kerajaan Juara Tadbir negara, Urus Ekonomi – Najib

dn_23.1KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentabir negara dan mengurus ekonomi.

Perdana Menteri berkata, kelangsungan pemberian BR1M yang kini memasuki pusingan kedua diteruskan kerajaan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas.

“BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik. Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan.

“Apabila ini berlaku, maka cukai untuk kerajaan juga bertambah, dan ini adalah sebenarnya asas mengapa BR1M boleh dilaksanakan,” katanya pada pelancaran BR1M 2.0 dan pemberian insentif itu bagi kawasan Parlimen Ampang dan Pandan di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, fakta itu perlu dijelaskan kerana pembangkang cuba menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dengan mendakwa dana bagi pemberian BR1M 2.0 dikutip antaranya melalui pelaksanaan peraturan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Tegas Najib, rakyat tidak harus terus dipesongkan dengan cerita tidak berasas atau separuh benar oleh pakatan pembangkang untuk membuat mereka marah kepada kerajaan, sedangkan setiap pemberian atau insentif yang diumum adalah disebabkan kecekapan kerajaan dalam mengurus dan mentadbir negara.

“Ada dakwaan bahawa dengan menguatkuasakan AES kita boleh buat BR1M. Ini tuduhan palsu yang dibuat pembangkang. AES bukan cukai pada rakyat, ia hanya denda bagi mereka yang memandu laju, itupun masih di peringkat kajian,” katanya.

Kemelut ekonomi dunia menyebabkan beberapa negara Eropah menerima tamparan, kata Najib, sambil menarik perhatian Sepanyol yang menjadi juara bola sepak Piala Dunia tidak berupaya menjadi juara dalam mentadbir ekonomi.

“Tidak apalah kalau Malaysia tidak menjadi juara Piala Dunia, tak apa, tetapi sebaliknya kita berjaya menjadi juara dalam mentadbir negara, sekali gus dapat membela rakyat melalui penambahan hasil percukaian,” katanya.

Menyentuh perkembangan di Selangor, Najib mahu rakyat membuat ketetapan untuk memilih kerajaan negeri daripada parti sama yang memerintah negara ketika ini iaitu BN, pada pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata, masalah yang berlaku di Selangor terutama isu air adalah disebabkan perbezaan pemerintah antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Katanya, masalah bekalan air yang berpanjangan disebabkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang terlalu mengharapkan kerajaan persekutuan sedangkan mereka sepatutnya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu.

Najib berkata walaupun datang daripada parti yang berlainan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri harus sedar bahawa air adalah masalah dan hak rakyat yang tidak boleh dan tidak patut dijadikan permainan politik oleh kerajaan Selangor.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, isu bekalan air tidak berlaku di Kedah dan Pulau Pinang kerana kerajaan negeri patuh kepada perjanjian bersama dengan kerajaan persekutuan berbanding Selangor yang cuba mempolitikkan isu itu, seterusnya menimbulkan masalah kepada penduduk.

Dalam pada itu, Najib menempelak kerajaan Selangor kerana cuba “menjoloknya” berhubung penentuan tarikh pilihan raya umum, dengan berkata ini tidak langsung mampu mempengaruhi keputusan beliau.

“Soal pilihan raya, tak payah nak jolok-jolok saya, tak payah nak kata bubar lepas Capgome… ini jolok-jolok saja buat apa.

“Saya tahulah bila masa nak menghadap Yang di-Pertuan Agong minta Parlimen dibubarkan. Tak apa, masanya akan tiba, tak lama lagi. Buat masa sekarang kita bagi tumpuan Bajet 2013 yang mesti tunaikan,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Capgome sekiranya tiada petunjuk daripada kerajaan persekutuan berhubung pembubaran Parlimen. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: