Henti Sokong Pas, Elak Tanah Digadai

datuk-dr-awang-adek-hussinBACHOK – Rakyat Kelantan diseru agar tidak lagi memberikan sokongan kepada Pas dan parti pembangkang pada pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi bagi mengelakkan tanah di negeri ini tergadai kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, rakyat yang memberikan sokongan kepada Pas dan sekutunya secara tidak langsung menyokong lebih banyak lagi tanah milik kerajaan negeri terutama di Ulu Kelantan diberikan kepada orang luar saperti pemimpin parti DAP.

Beliau berkata, sekiranya betul dakwaan terhadap pembahagian tanah kira-kira 4,000 hektar di Gua Musang sebelum ini kepada pemimpin DAP Perak ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada rakyat Kelantan.
“Jika mahu menghentikannya mereka tidak perlu lagi mengundi calon pembangkang terutama Pas yang bertanggung jawab ke atas pemberian itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan dan sumbangan sempena Tahun Baru Cina di Kampung Balai dekat sini, hari ini.
Jelas beliau, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan tidak seharusnya berdolak-dalih terhadap dakwaan mengenai isu terbabit.
“Bagi saya tanah di Kelantan hak milik rakyat Kelantan sekalipun diberi kepada orang luar dengan alasan pembangunan Ladang Rakyat lebih-lebih lagi pemberian itu bertujuan bagi menjaga kepentingan politik.
“Akibatnya mereka sanggup mengorbankan nasib rakyat miskin dan tidak mempunyai tanah yang sepatutnya diberi keutamaan, ” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, sekiranya Pas ikhlas membantu golongan miskin di negara ini adalah lebih baik tanah tersebut dimajukan oleh agensi kerajaan negeri.
“Lebih baik tanah itu dimajukan oleh agensi kerajaan negeri sendiri yang berfungsi seperti Felda dan Felcra yang terbukti berkesan dan diterima baik oleh semua pihak sekiranya mereka ingin membantu golongan miskin. Barangkali mereka mahu untung segera dan cepat kaya.
“Jika perbuatan itu tidak dihentikan kesannya terlalu besar terhadap masa depan rakyat Kelantan selain kekayaan bumi Kelantan dimenopoli orang luar, keadaan orang miskin akan terus terpinggir dibumi sendiri,” katanya.
Sementara itu ketika diminta mengula smengenai kedudukan masyarakat Siam di negeri ini beliau berkata, Barisan Nasional (BN) Kelantan akan mempastikan masyarakat keturunan Siam akan terus dibela walaupun mereka merupakan golongan minoriti kerana undi mereka boleh menjadi penentu kemenangan calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
“Kalau kita tengok perbezaan undi di antara BN dan Pas tidaklah besar sebagaimana yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas. Ini bermakna undi mereka sangat bermakna kepada kemenangan BN,” katanya.
Menurut beliau, sebahagian besar mereka tinggal di beberapa jajahan di Kelantan terutama di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: