Kenyataan Nik Aziz Bercanggah Dengan Ajaran Islam

AMIRUL HAFIZ :
nik_aziz_muka_sedih-300x188KOTA BHARU –  Minda Pondok, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili pondok-pondok negeri ini menyifatkan kontroversi terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung ‘menteri masuk neraka’ bercanggah dengan ajaran Islam.
Beliau berkata, kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya terkeluar dari mulut seorang yang digelar sebagai ‘tok guru’ kerana soal berkaitan dengan hukum adalah kerja tuhan.
“Jadi siapa Nik Aziz nak ambil kerja tuhan. Hanya Allah yang boleh menentukan syurga atau neraka”, katanya kepada Detikperubahan.com di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang mendakwa menteri bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
Mohd. Syamsul meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat (Maik) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas Nik Abdul Aziz yang sering kali mengeluarkan kenyataan boleh mengelirukan orang ramai.

“Saya mewakili Minda Pondok dan Gerakan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati) menggesa Maik mengambil tindakan tegas terhadap Nik Aziz kerana kenyataannya itu mengelirukan masyarakat terutama dalam sudut agama,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Nik Abdul Aziz tidak pernah konsisten dengan kenyataannya apabila seringkali berubah-ubah termasuk dalam isu kalimah Allah.
“Sebelum ini kata orang bukan Islam boleh guna kalimah suci itu tetapi kemudiannya buat pusingan ‘U’ kata tidak boleh pula. Begitu juga dalam tilawah al-Quran sebelum ini wanita tidak boleh masuk tetapi sekarang boleh,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: