Sekolah Swasta Juga Layak

imageTUMPAT – Sebanyak RM330,800 peruntukkan untuk bantuan awal persekolahan kepada 3,308 pelajar sekolah swasta di negeri ini selesai diagihkan, kelmarin.

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Nasrudin Talib berkata, ia melibatkan pelajar dari 17 sekolah swasta iaitu 10 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah.

“Agihan bantuan RM100 itu bermula 27 Januari lalu dan perlu diselesaikan pada 31 Januari.

“Sekolah swasta di negeri ini juga layak menerima bantuan awal persekolahan seperti sekolah bantuan penuh kerajaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Rendah Islam (SRI) Aman Wakaf Bharu iaitu satu–satunya sekolah swasta di daerah Tumpat.

Hadir sama, Penyelaras Dun Wakaf Bharu, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz; Penyelia Pelajaran Pendidikan Swasta, Wan Rubiah Wan Mohd Amin dan Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat, Pendidikan Swasta, Mohd Shahrazi Zakaria.

Sementara itu, Guru Besar SRI Aman Wakaf Bharu, Abdul Rashid Abdul Lateh berkata, dengan bantuan daripada kerajaan itu sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa dalam pendidikan anak–anak.

“Walaupun sekolah swasta, semua murid melibatkan 191 orang  di sini layak mendapat bantuan berkenaan.

“Tahun lalu hanya 148 murid di sekolah ini menerima bantuan wang RM100 dan tahun ini, ada penambahan bilangan murid yang mendaftar untuk mengikuti sesi persekolahan di sini,” katanya.

Penyampaian bantuan RM100 itu disempurnakan Mohd Rosdi kepada ibu bapa yang hadir mewakili anak masing-masing.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: