Tambang Haji Kekal RM9,980

imageKUANTAN – Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekalipun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas.

“Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. Tahun lalu kos seorang jemaah adalah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang.

“Tetapi di atas sifat kemurahan Tabung Haji melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan muzakarah haji peringkat kebangsaan kali ke-29 anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh pendeposit haji Khamis ini.

“Pada masa kini terdapat dana berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan umumkan bonus dan dividen pendeposit Khamis depan,” katanya.

Jamil Khir turut menasihati bakal haji supaya mengikuti kursus haji di bawah bimbingan 360 pembimbing di seluruh negara.

Mengenai muzakarah tersebut yang berlangsung dari 1 hingga 4 Februari ini, beliau berkata ia bagi membincangkan kaedah terbaik untuk meningkatkan keberkesanan bimbingan ibadah haji.

“Melalui majlis ini, pelbagai isu mengenai ibadah haji diketengah dan dibahaskan bagi mencari penyelesaian terbaik serta bernas dari aspek teori dan aplikasinya,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: