Timbang Balik Penggunaan Kalimah Allah Kepada Bukan Islam – Karpal

AMIRUL HAFIZ :

karpalKOTA BHARU – Isu kalimah Allah ternyata terus menjadi polemik tidak berkesudahan walaupun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini telah menganggapnya selesai.

Ini kerana, Pengerusi DAP, Karpal Singh terus menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah Allah tidak boleh dipakai oleh agama lain.

Beliau berkata, Pakatan Pembangkang sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Dipetik Sinar Harian Online Karpal menegaskan Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

“PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas.

“Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya,” katanya sambil menegaskan DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Sehubungan itu DAP katanya, masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Pertengahan Januari lalu, Nik Abdul Aziz menganggap isu kalimah Allah selesai selepas Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan kalimah itu tidak lagi boleh digunakan bukan Islam.

Beliau berkata semua anggota parti perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai orang alim, peringkat doktor dan universiti.

Malah difahamkan, presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang mengumumkan isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun, hari ini Karpal menafikan kenyataan Hadi sebaliknya menyifatkan ia hanya pertemuan biasa (tidak rasmi) dan tiada perbincangan isu serius.

“Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.

“Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: