Umno Kelantan: Tolak Pemimpin Tabur Fitnah

datuk-seri-mustapa-mohamedKOTA BHARU – Rakyat Kelantan harus menolak pemimpin yang cuba memecah-belah perpaduan dalam kalangan mereka dengan menanam sifat benci, suka menabur fitnah dan bertindak secara ekstrim.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat Kelantan yang cintakan perpaduan dan keamanan perlu sentiasa sedar bahawa perpecahan tidak membawa keuntungan sebaliknya merugikan.

“Orang Kelantan cintakan perpaduan, cintakan keamanan, kita mahu dipupuk dengan perasaan kasih sayang, bukan kebencian.

“Kita mahu pemimpin yang dipilih rakyat adalah orang yang memupuk kasih sayang, bukannya pemimpin yang suka menabur fitnah, kasar dan ekstremis dalam pendirian mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Perdana Perpaduan 2013 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perbuatan pemimpin yang tidak gemarkan perpaduan akan semakin aktif menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, rata-rata rakyat Kelantan menerima baik transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terutama dalam membantu memajukan negeri ini. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: