Cakna Keperluan Orang Asli

imageGUA MUSANG – Kerajaan Pusat membelanjakan RM100 juta bagi menyediakan kemudahan air dirawat membabitkan 50 kampung Orang Asli di Kelantan setahun lalu bagi mengatasi masalah pencemaran air sungai.

Adun Galas, Ab Aziz Yusof berkata, pelaksanaan projek terbesar menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sudah dinikmati dengan sempurna walaupun ada sesetengah tempat menghadapi masalah penyelenggaraan.

“Kerajaan Pusat terpaksa mengeluarkan belanja besar bagi menyediakan keperluan air bersih yang dirawat disebabkan kebanyakan perkampungan Orang Asli terdedah kepada ancaman hakisan sungai akibat pembukaan tanah tidak terkawal.

“Banyak tanah di persekitaran kampung mereka dibuka untuk tanaman ladang sawit yang diluluskan kerajaan negeri kepada syarikat swasta dari luar Kelantan termasuk pembangunan ladang rakyat,” katanya kepada pemberita ketika melawat Kampung Tandrik, Pos Bihai, dekat sini, semalam.

Ab Aziz yang juga Setiausaha Umno bahagian berkata, Kerajaan Pusat memandang serius terhadap perkara itu sebab perkampungan Orang Asli yang lebih awal wujud di kawasan pedalaman Hulu Kelantan.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak pernah memberi pembelaan terhadap kaum itu hingga kerap berlaku migrasi, tetapi Kerajaan Pusat yang mempertahankan untuk kemajuan mereka dengan menyediakan pelbagai kemudahan.

Beliau berkata, selain keperluan air dirawat, setiap keluarga terbabit juga dijanjikan memiliki rumah lebih selesa sebagaimana dibina di kebanyakan tempat sekarang ini.

“Kalau ikutkan perbelanjaan bagi menyediakan air dirawat bagi setiap kampung berharga RM1 juta dan Kerajaan Pusat mampu menyediakan kemudahan itu bagi mengelak mereka berdepan masalah kesihatan,” katanya.

Ab Aziz berkata, Kerajaan Pusat juga sudah mengotakan segala janji kepada masyarakat Orang Asli ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, dua tahun lalu.

“Bukan sahaja air dirawat, malah kediaman mereka yang dijanjikan pemimpin kerajaan ketika itu juga berjaya diselesaikan dan kini mereka hidup selesa,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: