Hanya Mahu Mengaburi Rakyat

wt_01.1KOTA BHARU – UMNO menyifatkan Kerajaan Pas Kelantan hanya mahu mengkhayalkan rakyat negeri ini dengan membuat tuntutan melampau dalam isu royalti minyak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut amat jelas apabila jumlah tuntutan itu berubah-ubah dan semakin meningkat diiringi janji-janji sekiranya ia diperoleh.

Beliau berkata, sewajarnya kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menjelaskan asas-asas tuntutan tersebut dan bukannya membuat tuntutan yang semberono.

“Dahulu mereka tuntut RM10 bilion, sebelum itu RM6 bilion, dua tiga hari lepas RM12 bilion pula. Apa pun yang kita buat mesti ada asas dan fakta sebab kita ini pemimpin.

“Kedua, ia melibatkan undang-undang, jadi tidak perlu kita khayalkan rakyat Kelantan dengan kereta api berkembar. Yang penting kita tentukan asas dahulu, maka disebabkan itu kita tubuh jawatankuasa khas untuk menentukan berapa banyak yang akan diperoleh Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kita mahu tahu RM12 bilion ini dari mana, kerana ada empat kawasan yang mengeluarkan gas iaitu kawasan pembangunan bersama, Thailand dan Vietnam serta Terengganu, yang kita bayar wang ihsan ialah dari blok PM301 yang jelas di perairan Malaysia iaitu kira-kira RM80 juta. Mereka kata RM12 bilion, ia satu jurang yang amat besar, ini hanya untuk mengkhayalkan rakyat Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kasih Disemai, Sayang Dibelai 2013 di Auditorium Kesenian dan Kebudayaan Kelantan.

Yang turut hadir Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang.

Majlis anjuran Jabatan Pelajaran negeri itu dihadiri lebih 1,000 guru berketurunan Cina dari seluruh negeri dan ia diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pemberian wang ihsan mungkin akan diperluaskan kepada rakyat Kelantan yang meninggal dunia.

“Ada cadangan iaitu setiap rakyat Kelantan yang meninggal dunia diberikan wang ihsan RM500, ia bagi membantu pengurusan jenazah.

“Sekarang wang ihsan banyak digunakan untuk pelajaran seperti pelajar yang mahu masuk universiti di peringkat diploma dan ijazah diberikan bantuan untuk menampung perbelanjaan mereka,” katanya. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: