Isu Kalimah Belum Selesai – Karpal

hadi-awang-karpal-singhPULAU PINANG – Pengerusi DAP, Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan.

Malah beliau juga mengulangi desakan yang dibuat sebelum ini iaitu mahu Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah.

“Majlis Syura Ulama Pas hanya satu komponen dalam Pas sedangkan keputusan yang dibuat sebelum itu melibatkan pakatan pembangkang dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Jadi, Majlis Syura Ulama Pas harus menghormati keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai pendirian Abdul Hadi untuk tidak menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama terhadap penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

Abdul Hadi menjelaskan, isu berkenaan telah diselesaikan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerangkan perkara tersebut dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Karpal menegaskan, tiada sebarang perbincangan berhubung isu berkenaan berlaku di antara pemimpin DAP dan Nik Abdul Aziz.

“Nik Abdul Aziz hanya bertandang ke rumah saya dalam lawatannya ke Pulau Pinang minggu lalu dan kami tidak mengadakan sebarang perbincangan yang menyentuh isu kalimah Allah.

“DAP kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang jelas bercanggah dengan keputusan diambil pakatan pembangkang,” jelasnya.

Menyentuh tindakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menawarkan kerusi Parlimen kepada anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tunku Muhriz, Karpal menjelaskan, sepatutnya perkara itu tidak menimbulkan sebarang isu.

“Adalah perkara biasa sekiranya golongan diraja terlibat dalam arena politik.

“Perkara ini tidak menjadi kesalahan memandangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman juga daripada golongan kerabat diraja,” ujarnya. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: