Lebih 10 Tahun Menunggu

imageMACHANG –  Tinggal di rumah sendiri pastinya menjadi idaman semua insan namun malang bagi lima keluarga di  Kampung Pangkal Ketereh di sini apabila terpaksa bergelap akibat tiada bekalan elektrik.

Permohonan yang diajukan sejak 10 tahun lalu gagal dipenuhi penyedia utiliti, memandangkan mereka tidak mampu membayar  harga tiang untuk menyambung bekalan elektrik dari rumah penduduk berdekatan.

Lokasi penempatan yang agak jauh dari rumah penduduk lain menyebabkan mereka terpaksa membayar sendiri harga tiang yang dianggarkan berjumlah lebih 30 tiang.

Seorang penduduk, Wan Hamad Wan Yahya berkata, pihaknya berharap ada pihak yang sudi membantu menyelesaikan masalah penduduk  di kawasan kampungnya sekali gus memberi peluang menerima menikmati kemudahan  bekalan elektrik, sama seperti orang lain.

Katanya, dia terpaksa tinggal di kawasan itu memandangkan tidak mempunyai tanah lain dan membina rumah hasil bantuan  di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

“Anak-anak saya terpaksa belajar menggunakan lampu dalam masa yang terhad,  memandangkan saya menggunakan generator dan penggunaan minyak petrolnya agak tinggi.
“Kami bukan orang senang malah  mencari sesuap nasi dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

“Saya terpaksa menghabiskan lebih RM100 sebulan  ntuk minyak petrol, tidak termasuk generator yang kerap kali rosak dan terpaksa ditukar.

“Paling lama sebuah generator boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum mula rosak dan perlu ditukar,” katanya.

Mohamad Junus berkata, pihaknya mengharapkan perhatian pihak yang berkenaan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Katanya, setiap kali generator rosak, dia dan keluarga terpaksa menggunakan lilin, yang mana mampu membahayakan mereka.

Menurutnya, anak-anaknya juga tidak dapat belajar dengan baik apatah lagi menonton televisyen sama seperti rakan-rakan sebaya.

“Kami bukan sengaja nak tinggal jauh dari orang lain tetapi di sinilah tanah kami dan kami tidak mampu  mengusahakan tanah lain untuk  dijadikan tempat tinggal.

“Sudah beberapa kali ada ura-ura bekalan elektrik akan disambung ke kawasan rumah kami ini, namun hingga sekarang ia hanyalah mimpi indah buat kami, namun kami tidak pernah berhenti berharap.

“Bukan elektrik bukan satu kemudahan tetapi keperluan pada zaman moden ini. Hanya kami yang merasai, akan faham penderitaan hidup tanpa bekalan elektrik ini,” katanya.

Mohd Shahrizal Awang Ahmad berkata, dalam masa setahun mereka terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM1,000 bagi membeli generator dan minyak petrol.

Katanya, mereka terpaksa membeli generator biasa dan murah yang berharga kira-kira RM350 bagi menggunakan lampu demi kemudahan keluarga.

“Kami bukannya orang senang dan masing-masing mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja kampung,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: