Mustapa: ‘Fatwa’ Nik Aziz Zalimi Rakyat

601092_4242405022863_1374931969_nPASIR MAS – Kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengenai menteri yang bertanggungjawab menafikan hak Kelantan dalam agihan royalti minyak dikatakan menzalimi rakyat.

Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata demikian selepas melihat kenyataan dikeluarkan tidak bersandarkan fakta.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz diminta bercakap dengan fakta yang lengkap kerana dikhuatiri menzalimi dan menganiaya rakyat tidak bersalah.

“Biarpun ia sekadar pandangan, ia perlulah mempunyai fakta kukuh lebih-lebih lagi ia dijadikan sebagai fatwa.

“Lebih memburukkan keadaan sekiranya ia jatuh kepada tuduhan, maka pihak yang dituduh akan mendapat natijah buruk sekiranya ia palsu,” katanya, selepas majlis bersama rakyat seluruh Parlimen Pasir Mas, kelmarin.

Beliau turut mempersoalkan kelayakan Nik Aziz mengulas mengenai perkara terbabit, meskipun beliau mempunyai pengetahuan agama luas.

Menurutnya, tiada siapa layak menghukum umat lain, malah meletakkan mereka di dalam syurga atau neraka.

Dalam kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau menegaskan Menteri menafikan hak Kerajaan Pas Kelantan terhadap royalti minyak akan dimasukkan ke dalam neraka.

Menurutnya, tidak ada kuasa yang boleh menyekat menteri terbabit dimasukkan ke dalam neraka kecuali menerusi syafaat Nabi Muhammad SAW.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan sebab royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: