Najib: Masa Depan Negara Bergantung Pada Budaya Dan Sikap Rakyat

imagePETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat bahawa adalah penting untuk menyedari bahawa masa depan negara bergantung kepada sistem, nilai, budaya dan sikap masyarakat.

Beliau berkata lagi, kukuh nilai, budaya dan sikap masyarakat, maka ini lebih menjamin kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersohor dan paling hebat di dunia.

“Kejayaan sesebuah negara tidak tertakluk semata-mata kepada bangunan pencakar langit, kemudahan asas, kilang berteknologi tinggi, peningkatan per kapita tetapi pada hakikatnya kita membina sebuah negara bangsa dan kita membina sebuah peradaban.

“Bila kita melihat dari sudut tersebut, maka transformasi sosial berdasarkan kepada perubahan dari segi sistem, nilai dan budaya keseluruhan kita termasuk sikap adalah merupakan salah satu daripada faktor penting mengapa setengah negara lebih maju dan setengah negara kurang maju,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran My Beautiful Malaysia di Taman Medan di sini, hari ini.

Sambil mengakui bahawa agenda transformasi sosial tidak semudah transformasi kerajaan, ekonomi dan politik yang boleh dilihat dalam masa pendek, Najib berkata, beliau yakin hasrat itu menjadi kenyataan sekiranya rakyat terus mempunyai semangat yang tinggi dan mahu merubah sikap yang tidak baik kepada lebih baik.

“Ini semua boleh kita lakukan untuk mencapai apa yang saya harapkan yakni perubahan kepada diri kita sendiri kerana bila kita sebut tentang nilai, budaya ia adalah sesuatu kepada diri kita, pada tubuh badan kita.

“Kalau ini kita dapat meresap dalam lubuk hati dan jiwa, kita sebatikan seolah-olah darah daging kita, bangsa Malaysia tetap akan berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa syukur dan yakin dengan golongan orang muda di Malaysia yang boleh diharapkan untuk menggerak negara pada masa depan.

Katanya, jika tenaga orang muda dapat dihalakan secara konstruktif dan positif tentu sekali Malaysia akan membangun dengan lebih hebat dan berjaya lagi.

“Alhamdulillah, orang muda di Malaysia adalah merupakan orang-orang muda yang bertanggungjawab, ada rasa kebertanggungjawaban yang tinggi bahawa mereka tidak mahu terpinggir daripada memainkan peranan.

“Mereka tidak mahu melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan negara seperti mengadakan demonstrasi jalanan ataupun tidak menghormati undang-undang negara ataupun melakukan apa saja yang boleh merosakkan asas kejayaan negara dan merosakkan perpaduan negara,” katanya.

Najib juga mengingatkan rakyat supaya tidak memperlekeh negara dan menidakkan apa yang telah dikecapi sehingga kini.

“Malaysia memang beautiful (cantik) tapi kita boleh jadikan Malaysia lebih beautiful dengan semangat kesukarelawan sebagai pemangkin kepada perubahan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan sebelum ini telah melancarkan dana sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) untuk membantu sukarelawan di seluruh negara.

Katanya, satu stesen radio 1M4U turut akan dilancarkan tidak lama lagi menghubungkan kerajaan dan golongan belia dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

“Saya juga berharap ikon-ikon 1M4U boleh memainkan peranan kerana mereka role model (contoh ikutan) kepada orang muda, di mana orang muda lihat kepada mereka dan kejayaan mereka sebab anda juga boleh berjaya,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: