47 Lokasi Lancar My Beautiful

imageBACHOK – Sebanyak 47 lokasi terlibat dalam menjayakan sambutan My Beautiful 1M4U yang dilancarkan serentak seluruh negara semalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setiap kawasan parlimen mengadakan program yang sama termasuk beberapa buah Dun.

Menurutnya, program tersebut penting untuk menerapkan aspek kesukarelaan dalam diri belia dalam penjagaan kebersihan persekitaran.

“Ini adalah untuk menyemarakkan budaya sukarela terutamanya menjaga aset alam semula jadi.

“Di sini Pantai Irama adalah aset Bachok yang perlu dipulihara. Biasanya pelancong tiba dari lapangan terbang, mereka akan mengambil teksi untuk ke Pulau Perhentian tanpa mereka kenali Kota Bharu atau Bachok.

“Kita ingin ubah situasi itu agar mereka boleh kenali Pantai Irama. Kita perlu pastikan pantai ini bersih untuk menarik lebih ramai pelancong,” katanya.

Beliau berkata, program itu disertai penduduk setempat bersama badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan pelajar- pelajar institusi pengajian tinggi tempatan.

Mustapa berkata, perancangan yang perlu ditekankan selepas ini ialah bagaimana cara untuk mengekalkan aspek kebersihan tersebut termasuk masjid yang menjadi tumpuan ibadat umat Islam.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: