ATM Masuki Dimensi Keempat

imagePASIR MAS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkemaskan khidmat menjaga keselamatan negara menerusi dimensi ke-4, penggunaan siber.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ATM akan melengkapkan kemampuan dan keupayaan dalam penggunaan dimensi ke-4 (4DMAF).

Katanya, keupayaan ini akan mengelakkan daripada ketinggalan memandangkan ia sudah diteroka sejak enam tahun lalu.

“Perlaksanaan pusat pengoperasian rangkaian atau ‘network centre operation’ membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih terperinci menerusi suara, imej dan data. “Ini membolehkan kita menghantar setiap data ketika di medan perang, kepada markas atasan dalam menentukan setiap arahan selanjutnya,” katanya, selepas menyampaikan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (STB1M), di Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, semalam.

Beliau berkata, penggunaan satelit khusus untuk ATM akan dilancarkan tahun depan menggunakan transmisi ‘x-band’.

Ketika ini katanya, ATM terpaksa menyewa penggunaan satelit Measat untuk program tersebut.

“Sebelum ini, ATM mempraktikkan tiga aspek keselamatan negara menerusi dimensi permukaan daratan dan lautan, dimensi udara dan dimensi bawah laut (sub-marin).

“Penggunaan dimensi ini akan mengelakkan daripada ketinggalan dari segi kemajuan demi menjamin keselamatan negara di masa depan,” katanya,

Dalam majlis tersebut, seramai 895 anggota veteran ATM dari Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat menerima bayaran sebanyak RM1,000.

Di Kelantan sahaja, seramai 8,600 anggota berdaftar diluluskan untuk mendapat bantuan terbabit.

Zulkifeli turut memaklumkan, kurang 50 peratus daripada 234,000 ahli veteran seluruh negara berdaftar, maka pihaknya memohon mereka menghubungi persatuan dan kelab pesara tentera di kawasan masing-masing. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: