Lagi Penyokong Pas Berhimpun Bantah DAP

dn_28.1KUALA TERENGGANU  – Ahli-ahli dan para penyokong Pas terus menunjukkan protes mereka berhubung pendirian pakatan pembangkang mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Terbaharu di sini hari ini, sekumpulan penyokong Pas mengadakan bantahan aman menyelar sikap pemimpin DAP yang terus-terusan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Pas tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Pada masa yang sama, mereka mengingatkan pemimpin Pas agar berterus-terang dan tidak terus tunduk berhubung isu penggunaan kalimah Allah sehingga mengadai maruah umat Islam dan agama.

Wakil kumpulan itu, Zamri Yaakob berkata, mereka terpanggil untuk berhimpun selepas menyaksikan terlalu banyak percanggahan pendirian dalam pakatan pembangkang berhubung isu-isu agama Islam dan yang menyentuh akidah.

Justeru beliau yang telah menyokong Pas hampir 20 tahun itu berkata, pihaknya ingin tahu pendirian sebenar pakatan pembangkang sekarang berhubung isu itu.

“Kami juga ingin tahu apa hukumnya dalam Islam jika kami membantu DAP dalam

Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti,” katanya kepada pemberita semasa berhimpun di pekarangan tempat letak kereta Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini.

Himpunan yang turut disertai kira-kira 20 penyokong Pas itu sebahagian daripada siri jelajah kumpulan itu bagi menyatakan bantahan terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membangkitkan isu berkenaan. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: