Mak Nab Terharu Dapat Bantuan Rumah PPRT

imageMACHANG – Kesusahan hidup warga emas yang tinggal dalam keadaan serba daif di sini, berubah sekelip mata apabila menerima bantuan rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) baru-baru ini.

Kesusahan Zainab Musa, 80, yang tinggal seorang diri di rumah yang berusia lebih 20 tahun dan hanya menunggu masa runtuh itu disiarkan Sinar Harian November lalu.

Ketika dikunjungi di rumah barunya, Zainab kelihatan ceria biarpun menghadapi pelbagai masalah kesihatan dan tidak mampu berjalan dengan baik.

Katanya, dia banyak menghabiskan masa di dalam rumah, memandangkan kaki dan tangannya tidak kuat untuk berjalan dan bergerak.

“Terima kasih kepada Umno Bahagian Machang yang membantu membina dan menyediakan kediaman yang selesa untuk Mak Nab.

“Rumah lama Mak Nab terlalu usang dan reput hingga mampu membahayakan nyawa jika runtuh. Paling membimbangkan ketika angin kencang dan hujan lebat,” katanya.

Zainab berkata, dia yang bergantung hidup kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan, tidak mampu membaiki rumah tersebut dan terpaksa bertahan di rumah lama itu.

Katanya, dia turut menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, selepas kisahnya disiarkan akhbar ini seterusnya berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kesusahan hidupnya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: