Raja Ideris Sah Tidak Akan Bertanding Pada PRU-13

Datuk Raja Ideris Raja Ahmad

Datuk Raja Ideris Raja Ahmad

SABAK BERNAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak lima penggal lalu, berkata keputusan itu diambil kerana percaya sudah tiba masanya untuk menampilkan pemimpin muda menjadi pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya rasa sudah cukup, saya menawarkan diri untuk tidak bertanding dan saya fikir sudah tiba masanya pemimpin muda diketengahkan sebagai pemimpin pelapis,” katanya yang mula bertanding dalam PRU pada 1990.

Raja Ideris, 69, bertanding selama empat penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan bertukar ke DUN Sungai Air Tawar pada PRU 2008 serta menjadi antara calon yang menang di Selangor ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilanda ‘tsunami’ politik ketika itu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 Raja Ideris menewaskan calon PAS, Azrulkhakim Suradi dengan majoriti 123 undi.

Ditanya tentang calon yang bakal menggantikannya, beliau berkata, perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Raja Ideris turut melahirkan rasa yakin BN akan memenangi PRU akan datang dan memerintah Selangor berdasarkan kesungguhan dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri itu selain helah pembangkang yang semakin tidak menjadi.
Raja Ideris berkata, pembangkang terlalu banyak menimbulkan isu remeh temeh dan sengaja direka-reka dalam usaha mengelirukan rakyat.

“Apa yang penting pada ketika ini, UMNO dan BN perlu sentiasa menjaga perpaduan sesama kita, fokus untuk berjuang dan menang, dalam tempoh 60 hingga 90 hari sebelum PRU ini kita perlu ketepikan masalah peribadi dan kerja kuat untuk parti,” katanya. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Raja Ideris Sah Tidak Akan Bertanding Pada PRU-13”

  1. dexs
    February 4, 2013 at 4:26 pm #

    susah nak menang kalau dia lagi bro ..elok le tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: