Tolak Pemimpin Suka Perpecahan

379302_10151452198860039_790672322_nKOTA BHARU  – Rakyat Kelantan perlu menolak pemimpin yang menanam kebencian sehingga membawa perpecahan kepada masyarakat dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemimpin seperti itu perlu ditolak kerana perjuangan mereka tidak selari dengan rakyat negeri ini yang begitu cintakan keharmonian.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat negeri ini memilih mereka yang memupuk silaturahim seperti yang diamalkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Kita mahu rakyat tolak mereka yang suka dengan perpecahan, suka melemparkan fitnah, bercakap kasar dan tidak mengamalkan konsep wasatiyyah.

“Pemimpin yang membawa pendekatan ekstrem seperti yang diamalkan oleh pakatan pembangkang akan memudaratkan perpaduan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Perdana Perpaduan peringkat negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini semalam.

Mustapa turut menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan Sahabat Perpaduan kepada 15 penerima daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini.

Sambutan berkenaan telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan.

Pelbagai acara menarik sempena sambutan itu diadakan seperti kenduri gulai kawah, Himpunan Muafakat Maulidur Rasul dan jamuan rakyat.

Mustapa menambah, beliau melihat rakyat negeri ini mahukan rpaduan yang hanya mampu dilaksanakan oleh BN. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: