Komited Bantu Penduduk Miskin

imagePASIR PUTEH – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Kelantan membantu 90 penduduk miskin dan miskin keluar daripada kelompok kemiskinan sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Aminah Abdullah berkata, mereka yang dipilih daripada senarai e-Kasih itu menerima bantuan berasaskan pertanian mengikut kesesuaian.

Katanya, selain bantuan peralatan, peserta juga diberikan khidmat nasihat serta latihan secara berperingkat.

“Kita akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan peserta berjaya dengan projek pertanian yang mereka usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan pertanian kepada Wan Seman Wan Musa, 63, di sini, baru-baru ini yang turut dihadiri Pentadbir Mukim Dun Limbongan, Tengku Hussin Tengku Abdul Rahman.

Wan Seman yang mengambil upah memanjat kelapa sejak lebih 40 tahun menerima bantuan peralatan untuk kerja memanjat kelapa termasuk basikal dan alat pengopek kelapa.

Seramai 39 penerima di daerah Kota Bharu mendapat manfaat daripada bantuan tersebut bersama 12 peserta di Pasir Puteh, sembilan di Tumpat, 16 di Bachok dan 14 di Pasir Mas.

Aminah berkata, Mardi juga membantu usahawan tani memperkukuhkan teknologi termasuk penggunaan peralatan moden bagi membolehkan produk tempatan dieksport ke luar negara.

Seramai 12 usahawan bimbingan Mardi yang berpotensi katanya, menerima pendapatan RM1 juta hingga RM2 juta.

“Mardi memberi bimbingan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berpendapatan lebih RM250,000 dan mereka diberi pendedahan mengenai cara penggunaan teknologi,” katanya.

Sementara itu, Tengku Hussin ketika ditemui berkata, bantuan seperti itu mampu merangsang peserta meningkatkan usaha.

Katanya, penerima bukan sahaja perlu bersyukur kerana dipilih untuk menerima bantuan daripada Mardi, malah mereka mesti menjadi lebih produktif sebagai membalas kepercayaan yang diberikan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: