Muhyiddin Jumpa Pemimpin Komponen BN Pulau Pinang

dn_34.1GEORGE TOWN – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini, mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini.

Pertemuan lebih dua jam itu dipercayai membincangkan persiapan dan persediaan BN negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Antara pemimpin komponen BN negeri yang hadir pada pertemuan tertutup itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan dan Pengerusi Gerakan Datuk Teng Hock Nan.

Ini disusuli pertemuan dengan wakil 345 Pusat Daerah Mengundi seluruh Pulau Pinang.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengambil masa lebih sejam bagi menyampaikan amanat kepada 1,500 wakil PDM yang hadir.

Beliau akan menyertai majlis jamuan tengah hari bersama BN negeri sebelum bertolak ke Universiti Sains Malaysia untuk majlis perjumpaan dengan kumpulan profesional dan iktisas Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: