PAS jadi ‘cacing kepanasan’ Gara-Gara Tujuh Projek Besar Di Kelantan

Kelantan_Najib2KOTA BHARU: Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatannya ke Kelantan baru-baru ini bagi memajukan negeri itu menjadi topik “panas” dalam kalangan penduduk Kelantan.

Pembangkang, khususnya PAS, pada ceramah mereka cuba meredakan keterujaan anak Kelantan dengan mendakwa itu janji palsu dan Barisan Nasional (BN) hanya mahu memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Namun, banyak pihak melihat pengumuman perdana menteri itu membuatkan PAS umpama “cacing kepanasan” kerana tujuh projek terbabit adalah prasarana yang sangat diperlukan rakyat dan PAS gagal melaksanakannya sekalipun mentadbir Kelantan lebih 22 tahun sejak 1990.

Tujuh projek itu ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar yang akan menjadi ikon Kelantan, perumahan rakyat yang dimulakan dengan pembinaan 3,000 unit, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, penubuhan kampus bandar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kapasiti 5,000 pelajar dan projek bekalan air bersih.

Pengumuman Perdana Menteri itu menjadi bahan bualan baik di kedai kopi mahupun ketika kenduri-kendara dan orang ramai yang ditemui menyifatkan projek terbabit bakal membawa faedah besar kepada mereka selain yakin kerajaan BN akan menunaikan janjinya.

Azlin Mohamad Yusof, 34, pemilik restoran di Pengkalan Chepa, berkata banyak projek yang dilaksana kerajaan persekutuan memberi faedah kepada rakyat termasuk golongan peniaga, umpamanya pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail di Pengkalan Chepa yang menyaksikan peningkatan pengunjung ke restorannya.

“Restoran yang saya usahakan berhampiran dengan lapangan terbang ini mendapat sambutan menggalakkan apabila orang ramai yang menggunakan lapangan terbang ini singgah untuk menjamu selera di sini,” katanya.
Beliau berkata, pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa turut memberi limpahan rezeki kepadanya dan peniaga sekitar apabila pelajar dan staf universiti itu singgah menjamu selera.

Seorang pengusaha ternakan kuda, Che Azha Che Mamat, 45, dari Kampung Teluk Kitang, Jalan Sabak, Pengkalan Chepa, yakin tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri akan jadi kenyataan sekali gus menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi masyarakat Kelantan.

“Kita lihat parlimen Pengkalan Chepa adalah kubu kuat PAS di mana Dewan Undangan Negeri Chempaka diwakili Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun kerajaan persekutuan membina projek besar termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, mewujudkan Universiti Malaysia Kelantan dan membina benteng penghadang ombak bagi menyelamatkan pantai Sabak dan sekitarnya daripada musnah ditelan laut,” katanya.

Beliau berharap pelaksanaan projek besar terbabit akan menggalakkan sektor pelancongan termasuk sukan berkuda.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Kelantan Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz melihat pengumuman Perdana Menteri itu sebagai “aku janji” dan bukan gimik politik menjelang pilihan raya umum.

“Hampir empat tahun Najib menjadi Perdana Menteri, kesemua janji yang disebut semuanya ditepati dan tujuh projek besar itu jelas adalah perkara keperluan utama rakyat yang gagal ditunai oleh PAS walaupun mereka berjanji untuk membina lebuh raya, stadium, masjid negeri, menyelesaikan bekalan air bersih, projek perumahan rakyat… satu pun tidak ada,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra menghubungkan Pasir Pekan di Tumpat dan Kota Bharu yang hampir siap, membuktikan kerajaan persekutuan prihatin dan ingin menyelesaikan kesesakan teruk yang terpaksa ditempuhi pengguna jambatan itu selama ini.

“Pembinaan jambatan itu bukan saja menyelesaikan masalah kesesakan trafik tetapi juga melonjakkan pembangunan hartanah di jajahan Tumpat yang agak ketinggalan berbanding bandar lain,” katanya.

“Pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra yang dilaksanakan kerajaan persekutuan memberi nilai tambah yang amat tinggi di kawasan jajahan Tumpat, contohnya satu lot tanah seluas 5,500 kaki persegi yang bernilai RM35,000 kini meningkat kepada RM70,000 hingga RM80,000,” kata Mohd Rosdi yang juga Pengerusi Eksekutif Konsortium Kontraktor Melayu (Kelantan) Sdn Bhd.

Beliau juga yakin pemimpin PAS yang kerap membuat tohmahan terhadap projek pembangunan yang dilaksana kerajaan BN juga tanpa silu akan turut menggunakan jambatan kedua itu serta tujuh projek besar terbabit apabila siap kelak.

Mohd Rosdi juga yakin pelaksanaan tujuh projek besar itu akan memberi peluang kepada kontraktor dan pekerja tempatan. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: