Rumah PPR Siap Lebih Awal

imageGUA MUSANG – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpuas hati dengan perjalanan pembinaan 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) berharga lebih RM150 juta di Bandar Baru Gua Musang.

Beliau berkata, pembinaan rumah PPR yang dijangka siap Jun ini, iaitu setahun lebih awal daripada perjanjian bakal diagihkan kepada penduduk yang layak sebelum akhir tahun ini dengan mengutamakan penduduk kawasan setinggan.

“Apa yang kita lihat, kemajuan pembinaan rumah PPR itu amat membanggakan kerana bukan sahaja siap lebih awal, tetapi berada di kawasan strategik dan mungkin nilai seunit rumah itu meningkat lebih mahal selepas ini.

“Kita sudah berjanji untuk memberi hak milik kepada penduduk yang layak dengan bayaran diskaun lebih 50 peratus iaitu daripada RM85,000 seunit kepada RM30,000 sahaja,” katanya kepada pemberita semasa melawat projek pembinaan rumah PPR di Bandar Baru, di sini, kelmarin.

Turut mengiringi beliau meninjau kerja terakhir menyiapkan 12 blok rumah PPR yang setiap bloknya mempunyai 70 hingga 88 unit itu ialah Adun Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian berkata, Kerajaan Pusat akan membina 500 unit rumah PPR lagi di bandar itu bagi mengotakan janjinya sebelum ini untuk membina 1,500 unit.

Bagaimanapun, kata beliau, tapak bagi projek penambahan 500 unit itu masih dalam peringkat mengenal pasti lokasi sesuai.

“Kita juga seronok melihat kemajuan pembinaan rumah PPR itu yang akan memberi keselesaan kepada penduduk nanti yang mana mereka hanya perlu bayar sekitar RM120 sebulan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau masih belum berpuas hati mengenai pembinaan dua jambatan keluar masuk ke perumahan terbabit.

“Sepatutnya kita perlu bina tiga bagi mengelak kesesakan.

“Apa pun, saya akan mohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Pusat bagi menambah pembinaan satu lagi jambatan yang menghubungkan Taman Wangi,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: