Shafie: Jangan Gadai Masa Depan Negara Kerana Janji Pembangkang

imagesMARAN – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat Malaysia mencontohi keadaan di sesetengah negara yang kini menanggung akibat taksub janji manis pihak yang mahu berkuasa.

Katanya rakyat di negara berkenaan menderita kerana negara mereka huru-hara.

Justeru, rakyat di negara ini perlu rasional dan berfikiran terbuka serta tidak menerima bulat-bulat segala dakwaan pembangkang yang memang kerjanya menyalahkan kerajaan, katanya.

“Itulah dia pembangkang. Semua yang dilaksanakan kerajaan biarpun memberikan kebaikan dan manfaat besar kepada rakyat dinafikan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks Peringkat Nasional 2013, di sini semalam.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno, berkata matlamat pakatan pembangkang hanya untuk mengambil alih kerajaan, sedangkan setiap parti mempunyai agenda sendiri yang sudah pasti akan menghuru-harakan keadaan negara jika mereka memerintah.

“Belum lagi memerintah, yang satu nak pemerintahan dan undang-undang secara Islam dan yang satu lagi mahukan hak sama rata untuk semua kaum, ini jelas meunjukkan bahawa mereka tidak sekata,” katanya.

Mohd Shafie berkata berbanding pembangkang, Barisan Nasional mempunyai perancangan pembangunan yang disokong semua parti komponen, sekali gus memastikan kelancaran pelaksanaannya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: