Taktik Penyeludup Gagal

imagePASIR MAS – Taktik penyeludup menjadikan rumah lama di Kampung Lengok, Repek di sini, sebagai transit menyimpan mercun dan bunga api tidak bertahan lama, apabila berjaya dikesan Unit Pencegahan Penyeludupan Kelantan (UPP) dan Kastam Diraja Malaysia dan merampas bahan letupan bernilai RM200,000, malam kelmarin.

Komander UPP Kelantan, Rosli Karim berkata, serbuan kira-kira jam 10 malam itu menemui kira-kira 200 kotak mercun dan bunga api disimpan di sebuah rumah yang dijadikan stor.

Menurutnya, beliau percaya barang larangan itu dibawa masuk sedikit demi sedikit di lokasi persembunyian dan akan dihantar ke pasaran dengan lori setelah kuota ditetapkan mencukupi.

“Kita telah membuat intipan dan mengenal pasti lokasi penyimpanan sementara mercun dan bunga api dari siang lagi, dan membuat keputusan menyerbu pada waktu malam.

“Kita percaya mercun dan bunga api ini dibawa masuk ke negara ini, untuk pasaran Tahun Baru Cina tidak lama lagi dan akan dipasarkan ke sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang,” katanya setelah membuat serbuan di Kampung Lengok, Repek.

Rosli berkata, serbuan kira-kira jam 10 malam itu dilakukan lapan anggota terdiri daripada empat anggota UPP dan empat anggota Kastam Diraja Malaysia Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubur.

Menurutnya, UPP dan kastam akan terus bekerjasama membanteras penyeludupan mercun dan bunga api sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.

“Jadi kita minta kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat sama ada kepada anggota atau jabatan bagi memudahkan kami mengambil tindakan segera.
“Justeru kastam dan UPP kini bekerja 24 jam sehari sama ada di darat, sungai atau laut,” katanya.

Rosli berkata, tiada tangkapan dibuat dalam serbuan kali ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 1351D Akta Kastam 1967, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan akan disiasat Kastam Pencegahan di bawah Akta Kastam.

Pada sidang media sama, Rosli berkata, sebanyak lima kes melibatkan mercun dan bunga api sepanjang tahun ini membabitkan nilai rampasan RM2 juta.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: