BN Pulau Pinang: ‘Pakatan Tidak Ada Perancangan Untuk Rakyat’

imageBUTTERWORTH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata BN adalah sebuah parti yang merancang dasar mementingkan kebajikan rakyat.

Katanya, sepanjang 55 tahun menjadi kerajaan pusat, BN tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat dan semua yang dijanjikan sebelum ini telah dan akan dilaksanakan.

“Pakatan Pembangkang tidak ada perancangan untuk rakyat. Belum ada lagi perancangan yang mereka buat berjaya ditunaikan. Apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) umum nak bina rumah kos rendah di Pulau Pinang, dia (Lim Guan Eng) tak tidur lena.

Dia pun nak umum kerajaan negeri juga nak bina rumah kos rendah.

“Berbeza dengan BN, kami tidak ada objektif lain. Kami mempunyai perancangan untuk rakyat. Apa yang kita perlu adalah rancangan rakyat, kebajikan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini malam tadi.

Katanya, BN kini menjadi pilihan rakyat dan yakin parti itu boleh melakukan yang terbaik pada pilihan raya umum ke-13.

“Sebelum ini kita tak yakin, kita risau sama ada kita mampu menjemput ramai orang pada program anjuran BN. Malam ini sudah terbukti BN menjadi pilihan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya terus memilih BN dan mempertahankan Putrajaya daripada Pakatan Pembangkang.

Muhyiddin mengakhiri program lawatan kerja seharinya dengan melancarkan program Gelombang Biru yang dihadiri oleh kira-kira 30,000 anggota masyarakat dari pelbagai kaum di padang sekolah SK Taman Inderawasih di sini.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: