Henti Persenda Agama Islam

imageMACHANG – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diingatkan agar melupakan hasrat mereka mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Kawasan Machang, Kamaruddin Ab Kadir berkata, tindakan kedua-dua pemimpin DAP itu jelas memperlekehkan serta mempermainkan agama Islam bagi menimbulkan perpecahan  dan perbalahan antara kaum.

Katanya, sebelum seluruh Umat Islam bangkit dan  marah, kedua-dua pemimpin itu  dinasihatkan agar  berdiam diri serta  menghentikan segala usaha menggunakan perkataan ALLAH itu.

“Kenapa DAP bersungguh-sungguh mahu menggunakan perkataan ALLAH, sedangkan ianya jelas hak mutlak Agama Islam, kami pasti  mereka mempunyai agenda yang tersendiri dengan tujuan menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

“Lebih membimbangkan apabila hasrat itu disokong oleh pemimpin-pemimpin besar dalam Pas.

“Jangan jual agama dan ayat al-Quran hanya semata-mata bagi meraih kepentingan politik dan kuasa,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, di sini, semalam.

Kamaruddin yang juga Ketua Penerangan MTRK Kelantan berkata, pihak polis diminta menyiasat tujuan sebenar parti DAP yang dilihat begitu teruja menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Katanya, perkara yang melibatkan agama perlu dipertahankan oleh seluruh Umat Islam tanpa mengira fahaman politik dalam menjaga kesuciannya.

Menurut, sikap menyokong rakan parti komponen yang ditunjukkan Pas membuktikan mereka tidak lagi mempertahankan dan menyebarkan syiar Islam tetapi sebaliknya lebih mementingkan kuasa politik dengan tujuan menggulingkan kerajaan sedia ada.

“Biarpun dipersetujui oleh Majlis Syura baru-baru ini, bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan, namun Guan Eng dan Karpal Singh dilihat, langsung tidak menghormati keputusan yang dibuat Pas, malah masih melaung-laungkan hasrat mereka dengan gah tanpa memikirkan sensitiviti orang  Islam di Malaysia,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: